Saturday, 10 October 2015

Diam

apabila kita menerima segala kekurangan
Dan saling melengkapi
Agar ia menjadi indah

Tidak perlu yang sempurna untuk menjadikan ia sempurna
Cukup sekadar saling menyempurnai

Bukan paras dan juga ketinggian yang diukur
Cukup sekadar dalaman yang diukur dan menjadi ukuran

Kelemahan dan kukurangan apabila
Saling melengkapi tiada yang kelihatan
Kekurangan
Cukup sekadar kita memahami dan menerima setiap yang akan mendatang
Bukan ego serta buta kerana cinta
Cuma kerna ALLAH yang layak menentukan segalanya
Cuma kerna takdir dari yang maha kuasa
Jika tersurat dan tersirat seribu kebaikan juga seribu kesilapan
Maha mengetahui juga maha mengadili
Pedulikan apa yang dikatakan
Bersamalah mengorak langkah membina impian


Sunday, 4 October 2015

Jelas

Melihat kebahagiaan itu
Untuk dirasai dari lubuk hati
Yang paling dalam
Melihat keikhlasan itu
Untuk dimiliki juga
Dari lubuk hati yang
Paling dalam

Bukan senang menilai
Kasih itu suci dari hati
Bukan mudah menilai
Cinta itu tulus dari hati

Bukan mudah membaca
Apa yang dirasai
Bukan mudah mempercayai
Apa yang diketahui
Dan bukan mudah melupakan
Apa yang terjadi

Untuk memilih menjadi
Untuk memilih melengkapi
Untuk memilih memahami
Adalah sesuatu yang perit
Untuk dilakukan

Jika takdir milik kita
Biarlah bersatu merasai kebahagian
Moga kesetian milik aku
Moga kesetian milik kamu
Moga kebahagian menjelma
Untuk kita

Siapa aku
Siapa kamu
Sebelum kita
Itu sejarah

Siapa aku
Siapa kamu
Sekarang kita
Inilah realiti

Buat kesayangan yang sering
Dalam ingatan
Ampun maaf dipinta atas khilaf dan salah
Tenang dan damai lah  disana
Doakan kami bersatu menjadi yang
Terindah
Doakan kamj bersatu menjadi yang
Terbaik....
Salam sayang muhammad/khodijah

Monday, 13 January 2014

kekeliruan

aq sendiri x mengerti apa sebenarnya perasaan dia terhadap aq..
kini saat aq cuba untuk menghapus segala bayang dan jejaknya
aq makin diburu oleh nya..
aq x faham,susah sangat kah engkau nak ucapkan cinta??
aq mula untuk menghargai dia yang sayangkan aq
tapi kenapa kau harus kembali membuat
aq kekeliruan..
kau x pernah nak hargai aq dahulu
kenapa harus kau begini...
kau ingat senang untuk aku membuat keputusan ini...
disaat aq mmpunyai kekuatan mengambil
tindakan ini kenapa kau

hanya satu yang ku pinta
jika kau cinta kau nyatakan lah
jika kau ragu kau tinggalkan aq..
kerana aq tidak mahu dia meragui
perasaan sayang dia kepada aq
aq selalu membebankan dia dengan
ceritera antara aq dan kau
aq x pernah terfikir apa perasaan dia
saat aq jadikan dia sebagai tempat curahan hati
sekarang aq benar-benar dalam kekeliruan...
sayang aq pada kau..
sayang dia pada aq..
setelah sekian lama aq tidak menghasilkan penulisan.. kini sudah tiba masa untuk aq berjinak kembali.. sempena tahun baru dgn azam yang baru semoga dipermudahkan hendaklah.. segala yang telah terjadi pada usia dan masa yang lalu adalah pengalaman yang mendewasakan aq.. harap semakin matang la usia sewaktu perjalanan menulis.. mungkin kali ini tidak lagi keterlaluan tingkahnya.. harap segala yang dicoretkan hanyalah sekadar untuk perkongsian bersama...

Monday, 8 August 2011

keredhaan

ALLAH pertemukan aku dan dia
sehingga rasa cinta hadir dalam diri ini
ALLAH dah tentukan semua untuk kita
cuma kisah aku tak seindah seperti yang aku inginkan
diri aku tak pernah lelah mencintai dia
sehingga hari ini aku mengambil keputusan untuk
membuang perasaan ini jauh-jauh
aku sendiri tak pasti sama ada dia tahu ataupun tidak...
aku tidak pernah menyalahkan diri dia kerana aku pasti
dia tak pernah tahu apa yang aku rasa
bagi aku cukup sekadar aku tahu dia bahagia disisi wanita itu...
mungkin khilafnya dari aku sendiri
sekurang-kurangnya ALLAH masih panjangkan
pertemuan kami ini dengan hubungan persahabatan
kerana bukan senang untuk mencari sahabat seperti dia...
mula-mula sakit terasa pedih hati ini
lama-lama insyaALLAH aku boleh lakukannnya...
mungkin ada sedikit yang akan menjarakkan hubungan aku...
aku sudah redha sejak hari pertama dia secara rasmi menjadi milik wanita itu
dan aku tak nak peduli apa yang orang nak cakap tentang aku dan dia
selagi aku dan dia gembira...
sedangkan mak dan abah aku pun tak halang aku kawan dengan dia
dia faham aku...
dia ada bila aku susah...
sesungguhnya aku tidak pernah menyesal dengan apa yang ALLAH berikan
kerana sentiasa ada yang terbaik di suatu saat yang akan datang...
sesungguhnya aku masih belum layak mendapat cinta dari dia
kerana cinta aku pada ALLAH masih belum utuh...
secebis bingkisan :)
 ikhlas cinta datang dari hati
 ia datang dengan sendirinya
 sukar mengusir perasaan sendiri
 biar pedih ku tanggung sendiri

 cintaku padamu mungkin
 tidak setanding cinta dia
 padamu
 dan aku tahu bahagiamu bersama dia
 cukup membahagiankan aku...
 ALLAH tahu isi hati hamba-NYA...
 ALLAH menyayangi hamba-NYA yang tabah
 dan ALLAH tak akan menguji sekiranya kita tidak kuat...

peace...
assalamualaikum




Friday, 29 July 2011

KU BERSERAH

hanya ALLAH yang
mengetahui betapa
cintanya aku padamu
hanya ALLAH yang
mengetahui betapa
sayangnya aku padamu
hanya ALLAH yang
mengetahui betapa
peritnya aku mencintaimu
hanya ALLAH yang
mengetahui betapa
pedihnya aku mencintaimu
hanya ALLAH yang
mengetahui betapa
sakitnya aku mencintaimu
sesungguhnya semua
yang aku rasa ini
datangnya dari ALLAH
sesungguhnya segala
ujian yng ALLAH berikan
terhdap aku tidaklah
begitu membebankan
sesungguhnya layakkah
aku mendapat cintamu
jika cinta aku pada
ALLAH masih belum utuh..

Saturday, 9 July 2011

nikmat

alhamdulillah..
hari nie genap sudaa usia aq 19 thn
alhamdulillah jgk sbb ALLAH hiaskan pg aq dgn hari yg ckp indah..
alhamdulillah jgk sbb ALLAH masih beri kesempatan untuk aq bersujud pada-NYA...
azam tuk kali nie
semoga ALLAH pmdhkan segala urusan aq
semoga ALLAH teguhkan iman aq
semoga ALLAH berikan kejayaan didunia n diakhirat
semoga aq dberikan kesihatan tuk beramal ibadat kpd ALLAH..
hiasi pg dgn senyuman
agar pjlnan hari itu seindah senyuman..
teguhkan dan kuatkan semangat walau apa dugaan yg mendtg..
padaMU  ilahi aq bmohon
kau berikan petunjuk MU
agar aq terus dlm jln MU..
kau suluhkan cahaya MU supaya terang hati aq
dan ENGKAU berilah kejayaan kpd aq dan jgk para2x shbt aq
dan ENGKAU capaikan lar cita2x aq dan sahabat2x aq
dan ENGKAU lindungilah  aq,kedua ibu bapa aq,adik beradik aq,seluruh ahli keluarga aq yg lain
serta sahabat2x aq dan ank2x taska athfal
dan ENGKAU ampunilah segala dosa yg telah kami lakukan ya ALLAH..